Kelantan United bukan milik kerajaan negeri

Kelantan United bukan milik kerajaan negeri

ROZI Muhamad (kanan) bersama Wan Roslan Wan Hamat semasa menyempurnakan pelancaran jersi Kelantan United bagi musim 2023 di Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United FC (Kelantan United) menegaskan pihaknya menerupakan kelab yang diuruskan secara profesional dan tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri.

Presidennya Rozi Muhamad berkata, status pasukan itu sama dengan kelab-kelab lain di negara dan tetap perlu membayar levi penggunaan stadium.

“Sememangnya terdapat tanggapan daripada sesetengah pihak termasuk dalam kalangan penyokong bola sepak Kelantan sendiri yang mengatakan Kelantan United adalah sebuah pasukan dimiliki kerajaan negeri.

“Sebenarnya tidak. Kelantan United bukan milik kerajaan negeri dan saya harap semua pihak dapat menukar persepsi berkait dengan perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Penaja Kelantan United Bagi Musim 2023, di sini semalam.

Rozi memberitahu, hubungan baik antara pihak kelab dan kerajaan negeri telah terbentuk sejak awal, iaitu sejak Kelantan United masih dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Urusetia Belia dan Sukan (Ubes).

Katanya, MPKB-BRI UBeS kemudiannya diprofesionalkan dan diambil alih sepenuhnya oleh Kelantan United untuk bermain dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) bermula Liga M3, Liga Perdana dan kini di Liga Super.

“Apa pun pihak Kelantan United tetap mahu mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas kemudahan-kemudahan tertentu yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri kepada kelab ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat menjelaskan bahawa penubuhan Kelantan United secara tidak langsung telah membantu kerajaan negeri.

Katanya, pada ketika itu kerajaan negeri melalui MPKB-BRI sudah tidak mampu menanggung kos terlalu tinggi diperlukan pasukan tersebut untuk bermain di Liga Malaysia.

“Jadi pasukan itu telah diambil alih sepenuhnya oleh Kelantan United berikutan ia adalah sebuah kelab bola sepak profesional dan mampu mencari penaja-penaja yang boleh membantu menyediakan dana kewangan diperlukan.

“Oleh itu status Kelantan United adalah seperti pasukan-pasukan lain. Ia merupakan kelab yang mempunyai pendapatan dan perlu membuat bayaran levi penggunaan stadium serta cukai-cukai dikenakan oleh Perbadanan Stadium Negeri Kelantan,” katanya-UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya