Kelantan peruntuk subsidi RM369,562 beri bekalan air percuma untuk rumah ibadah

Kelantan peruntuk subsidi RM369,562 beri bekalan air percuma untuk rumah ibadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperuntukkan subsidi berjumlah RM369,562 setahun bagi membekalkan air secara percuma untuk rumah ibadah susulan tarif baharu diwartakan oleh kerajaan persekutuan berkuatkuasa 1 Ogos tahun lalu.

Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) dalam satu kenyataan hari ini berkata, subsidi itu diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 7 September tahun lalu.

“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menanggung segala kos berkaitan tarif baharu tersebut agar rumah ibadat kekal menikmati bekalan air terawat secara percuma.

“Pemberian percuma itu menerusi subsidi kepada pengguna Tarif E yang merupakan pengguna bagi rumah ibadat,” katanya.

AKSB memberitahu, pihaknya berharap pengguna dan pengurusan rumah ibadat dapat berjimat cermat semasa menggunakan air.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya