Kastam rampas pelbagai produk seludup bernilai hampir RM500,000 - Utusan Malaysia

Kastam rampas pelbagai produk seludup bernilai hampir RM500,000

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dakwa sesetengah kosmetik dan produk jagaan bayi yang dijual di pasaran berisiko mendatangkan penyakit kanser. Keadaan mungkin lebih buruk bagi kosmetik haram seperti yang dirampas oleh pihak berkuasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seramai lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana disyaki menyeludup susu tepung, suplemen makanan dan kosmetik bernilai RM471,240 berserta cukai di sebuah premis di Jalan Alsagoff, Pontian, 17 Januari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, dalam operasi oleh sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Kastam Marin, Sungai Pulai pada pukul 12.30 tengah hari itu, seorang lelaki tempatan, dua wanita tempatan serta dua wanita warganegara asing berusia antara 25 hingga 45 tahun ditahan.

“Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menjadikan premis pemborong sebagai tempat simpanan barangan dagangan tersebut sebelum dijual secara dalam talian,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Gelang Patah, di sini hari ini.

Sazali memberitahu, pihaknya juga menahan empat individu lain kerana disyaki menyeludup minuman keras bernilai RM84,100 di Kawasan Perindustrian SME Indahpura, Kulai pada 1 Januari lalu.

Katanya, suspek yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki tempatan, dua lelaki warganegara asing dan seorang wanita tempatan berusia antara 25 hingga 45 tahun.

“Serbuan mendapati sebanyak 10,815 botol telah disimpan dalam premis berkenaan sebelum dijual kepada orang awam. 

“Anggaran dagangan yang dirampas bernilai RM17,800, manakala cukai terlibat sebanyak RM66,300,” katanya.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya