Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE 2023 perkasa usahawan

Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ Mont Kiara 2023 perkasa usahawan

ALAA Abdalwahed (empat dari kanan), Pengarah Eksekutif Media Hub Connection, Raja Hairul Azmil Tengku Azmi Karib dan Pengarah Projek Media Hub Connection, Hurriyyah Alhusna Mohd Nashim pada majlis pelancaran Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ Mont Kiara di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penganjuran Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ Mont Kiara pada 23 Mac hingga 19 April 2023 bakal menyemarakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan peniaga tempatan.

Dianjurkan oleh Media Hub Connection Sdn. Bhd., ia bermula pukul 3 petang sehingga 12 tengah malam bertempat di pekarangan Menara MATRADE.

Lokasi itu dipilih kerana kedudukannya yang strategik berdekatan Masjid Wilayah Persekutuan, serta ba­ngunan MATRADE sendiri adalah lokasi ikonik komuniti pengeksport.

Media Hub Connection turut bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam program perkongsian awam-swasta (public private partnership), bagi membuka ruang dan peluang kepada Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) untuk memupuk keyakinan ‘budaya keusahawanan; daripada peruncit kepada pengeskport.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi ‘Malaysia Madani’ bagi mewujudkan masyarakat maju, terampil dan terangkum.

Menurut Pengarah Urusan Media Hub Connection Sdn. Bhd., Alaa Abdalwahed lebih 300 tapak perniagaan disediakan untuk usahawan yang ingin berniaga pada Ramadan nanti.

Dianggarkan sekitar 200,000 pengunjung dari Lembah Klang akan memeriahkan Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ Mont Kiara ini.

Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ Mont Kiara pertama kali diadakan dan ia menarik pelbagai sektor perniagaan seperti makanan dan minuman, pakaian, aksesori, dan lain-lain.

Ia menawarkan keunikan dan pengalaman membeli belah sepanjang bulan Ramadan yang akan pasti memuaskan hati semua pengunjung.

Para peniaga serta vendor yang berminat untuk menyer­tai Kaloot Ramadan Bazaar MATRADE @ Mont Kiara boleh mendaftar melalui laman web rasmi Kaloot Fest Raya (www.kaloot.com.my).

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mempromosikan perniagaan anda. Untuk maklumat lanjut mengenai Kaloot Ramadan Bazaar, sila hubungi kami di talian yang tersedia +6017 358 8362. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya