Johor cipta sejarah muncul juara FLLSPG - Utusan Malaysia

Johor cipta sejarah muncul juara FLLSPG

PASUKAN pelayang Johor diumumkan sebagai johan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-25 di Hotel Amansari, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasukan pelayang Johor mencipta rekod baharu apabila muncul juara keseluruhan Pertandingan Wau Peringkat Kebangsaan di Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-25 yang berakhir semalam.

Yang Dipertua Persatuan Pelayang Johor, Hasrin Kamal Hashim berkata, pihaknya amat teruja dengan kemenangan yang pertama kali diraih pihaknya sepanjang 25 tahun penganjuran festival bertaraf antarabangsa itu.

“Alhamdulillah, tidak sangka Johor berjaya muncul juara FLLSPG tahun ini, edisi ke-25. Johor sudah sertai banyak kali tetapi tidak pernah muncul juara.

“Ini pertama kali dalam sejarah apabila kejayaan ini berjaya diraih, sangat terharu,” katanya selepas Johor diumumkan sebagai juara keseluruhan dalam Majlis Penutupan FLLSPG ke-25 di Amansari Resort, Bandar Seri Alam, di sini malam tadi Yang turut dihadiri Presiden Majlis Pelayang Malaysia, Datuk A. Rahim Nin.

Pelayang Johor muncul juara selepas mengutip sebanyak 56 mata, menewaskan Kedah yang mengutip 39 mata, manakala Kelantan meraih tempat ketiga dengan kutipan 34 mata.

Sementara itu, A. Rahim memberitahu, penganjuran FLLSPG ke-25 yang bermula Khamis lalu itu mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja daripada masyarakat tempatan, malah  pelancong asing yang turut sama hadir.

“Penganjuran semula FLLSPG selepas terhenti akibat pandemik Covid-19 selama dua tahun lalu telah berjaya meletakkan Pasir Gudang khususnya sebagai satu destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen terbaik bagi menjayakannya,” katanya.

FLLSPG yang berlangsun selama lima hari di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang berjaya menarik kehadiran lebih 300,000 pengunjung domestik dan antarabangsa.

Selain pertunjukan layang-layang, pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuk acara menaikkan 25 wau tradisional Malaysia oleh peserta antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).

FLLSPG ke-25 dianjurkan MPM dengan kerjasama Persatuan Pelayang Johor; Majlis Bandaraya Pasir Gudang; Tourism Johor dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya