Johari tawar diri Ketua UMNO Bahagian Bentong sambung legasi Adnan - Utusan Malaysia

Johari tawar diri Ketua UMNO Bahagian Bentong sambung legasi Adnan

JOHARI HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bentong bagi sesi 2023-2026 pada pemilihan parti itu bulan depan.

Menurutnya, beliau akan mengerah segala kudrat, idea dan pengalaman untuk bersama-sama dengan pucuk pimpinan UMNO negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk memperkukuhkan lagi parti keramat ini.

“Dalam suasana dan landskap politik yang cukup berbeza ketika ini, UMNO perlu bertahan dan untuk itu parti memerlukan perpaduan dan mengelakkan perpecahan.

“Apa yang penting, kita perlu terus mendukung prinsip demokrasi dan bekerja kuat untuk parti keramat ini kekal relevan dan diterima rakyat dulu, kini dan selamanya.

“Insya-Allah, ia akan menjadi pegangan saya dalam meneruskan kesinambungan kepimpinan Ketua UMNO Bahagian ketika ini, Tan Sri Adnan Yaakob dalam memastikan UMNO Bahagian Bentong terus bangkit dan cemerlang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Johari berkata, berdasarkan semangat juang dan pengalaman dimiliki, beliau yakin dapat menggembelengkan segala usaha dan gerak kerja bersepadu dalam kepimpinan UMNO Bahagian Bentong.

“Bersama-sama kita memastikan kebangkitan UMNO dan meyakinkan rakyat khususnya di Bentong agar kembali bertaut kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Menurutnya, hubungan baik antara ahli akar umbi parti perlu terus diperkukuh dan membawa semua jentera untuk melipatgandakan usaha serta gerak kerja bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Saya dengan ini bersedia menggalas amanah yang cukup besar ini demi kegemilangan UMNO Bahagian Bentong, insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya