JBPM Negeri Sembilan bina, naik taraf dua balai bomba tahun depan - Utusan Malaysia

JBPM Negeri Sembilan bina, naik taraf dua balai bomba tahun depan

HAMDAN Ali (tengah) menyampaikan sumbangan kebajikan kepada salah seorang keluarga anggota bomba pada Majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban hari ini.- UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan akan membina sebuah balai bomba baharu dan menaik taraf sebuah lagi balai bomba yang dijangka pada tahun hadapan.

Pengarahnya, Hamdan Ali berkata, balai bomba baharu iaitu adalah Balai Bomba Johol manakala yang dinaik taraf adalah Balai Bomba Kuala Pilah. 

“Pembinaannya akan mempercepatkan lagi masa respon bomba untuk kes-kes kecemasan dan penyelamatan. Sehingga kini, terdapat 20 buah balai bomba di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Negeri Sembilan (JPBM) Negeri Sembilan di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Jalan Zaaba di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, beliau melancarkan pengoperasian semula Balai Bomba dan Penyelamat Seremban yang sudah siap dinaik taraf dengan jumlah keseluruhan RM6.125 juta. 

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak media, rakan strategik serta menyempurnakan penyerahan sumbangan kebajikan kepada keluarga anggota serta penyerahan sijil perakuan bomba. 

Dalam pada itu, jelas Hamdan lagi, ketika ini rancak dalam pembinaan adalah Balai Bomba di Felda Palong 6, Jempol yang dijangka siap pada tahun ini selepas projek tersebut tergendala sebelum ini akibat pendemik wabak Covid-19.

“Pemilihan lokasi berkenaan berikutan kepadatan penduduk selain faktor terdapatnya perindustrian serta risiko berikutan Felda Palong agak jauh daripada balai bomba sedia ada,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya