Jangan terima ahli UMNO dipecat, digantung - Ahmad - Utusan Malaysia

Jangan terima ahli UMNO dipecat, digantung – Ahmad

AHMAD MASLAN (kiri) bergambar bersama ahli keluarga pengantin baharu, Mohamad Fadzli dan Fathin Azira di Taman Permata, Kayu Ara Pasong, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: UMNO berharap parti-parti dalam kerajaan perpaduan tidak menerima ahlinya yang dipecat atau digantung atas dasar saling hormati sebagai rakan dalam pentadbiran kerajaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ahli UMNO sama ada dipecat atau digantung tentu  mereka mempunyai masalah yang telah dilakukan.

Jika diterima, dibimbangi masalah mereka pula akan menjangkiti parti tersebut yang boleh menjejaskan keharmonian sebagai rakan dalam gabungan itu.

“Atas dasar saling hormat-menghormati, wajarlah permohonan mereka itu ditolak dan tidak menerima mana-mana ahli UMNO yang ingin menyertai parti dalam kerajaan perpaduan sekarang.

“Mengapa mereka tidak pula memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas yang sebelum ini dikatakan ‘mesra’ dan tidak bersama kerajaan,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipecat, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menyatakan hasrat menyertai Parti Keadilan  Rakyat (PKR).

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian selepas menghadiri majlis perkahwinan pasangan Mohamad Fadzli Mohamad Yasin  dan Fathin Azira Hamdan di Taman Permata Kayu Ara Pasong, di sini hari ini.

Zahidi yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dipecat sebagai ahli UMNO berikutan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ( PRU15) apabila tidak dicalon semula oleh UMNO.

UMNO juga tidak mengetahui bahawa Zahidi Zainul juga akan membawa kira-kira 100 ahli UMNO Bahagian Padang Besar untuk bersamanya menyertai PKR.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga  Timbalan Menteri Kewangan  memaklumkan setakat ini Ibu Pejabat UMNO belum menerima surat rayuan daripada pemimpin dan ahli yang dipecat atau digantung keahlian.

Minggu lalu, Majlis Kerja Tertingi (MKT) UMNO memecat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan serta  beberapa pemimpin lain pula digantung keahlian selama enam tahun.

Ditanya samaada beliau akan bertanding merebut  jawatan tertinggi pada pemilihan UMNO tahun ini, Ahmad memaklumkan belum membuat sebarang keputusan mengenainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya