J-KOM rangka pelan strategik, modul Malaysia Madani

J-KOM rangka pelan strategik, modul Malaysia Madani

MOHAMMAD Agus Yusoff (tiga dari kiri) beramah mesra bersama warga pendidik selepas merasmikan Majlis Penerangan Konsep Malaysia Madani Dalam Pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang, Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri sedang merangka pelan strategik dan modul Malaysia Madani bagi memastikan mesej pentadbiran negara dapat disampaikan dengan baik menerusi penyelarasan bersama antara kementerian dan agensi kerajaan yang lain.

Ketua Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, pelan strategik dan modul berkenaan yang dijangka siap dalam tempoh tiga bulan itu akan memberi tumpuan kepada hala tuju negara dalam mencapai misi dan visi ke arah Malaysia Madani.

Menurutnya,keutamaan dalam membina modul dan pelan strategik itu melibatkan menghubungkan antara rakyat dengan kerajaan bagi meningkatkan patriotisme dengan memotivasikan masyarakat menerusi pembudayaan ilmu.

“Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Oleh dan itu, J-KOM perlu berkerjasama dengan pakar penyelidik dan rakan akademik dari beberapa universiti tempatan untuk merangka pelan strategik ini dengan pemantauan daripada pihak kami (J-KOM).

“Kita perlu mempunyai indikator atau nilai ukur kepada apa itu Malaysia Madani yang hendak kita capai ke depan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penerangan Konsep Malaysia Madani Dalam Pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok di sini hari ini.

Mohammad Agus memberitahu, setakat ini pelbagai modul telah ditawarkan dan dicadangkan kepada J-KOM, namun pihaknya  masih lagi dalam peringkat perbincangan untuk mendapat indeks yang lebih baik.

“J-KOM akan membuat pertimbangan melihat beberapa aspek seperti kepakaran penyelidik, kos, tempoh masa serta kaedah yang hendak dibina.

“Kita perlu melihat jika ada yang lebih lengkap daripada apa yang ditawarkan kerana apa jua indeks memerlukan penanda aras dan itu yang sedang kita bangunkan sekarang,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memperkenalkan Malaysia Madani yang diacu berteraskan enam rukun iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Madani disasar untuk menjadikan dasar bagi setiap teras yang akan diteroka dalam usaha memperkukuh lapa keperluan iaitu ekonomi dan kewangan, perundangan,institusi, pendidikan, kemasyarakatan, budaya, bandar dan luar bandar.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya