IPTS disaran turut sediakan Menu Rahmah - Utusan Malaysia

IPTS disaran turut sediakan Menu Rahmah

MOHAMED KHALED NORDIN (tengah) diberi penerangan tentang robot 'Inspecto' sambil diperhatikan oleh Ahmad Fauzi (kiri) ketika melawat pameran penyelidikan sempena lawatan ke UTM, Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyarankan supaya semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) turut terlibat menjayakan usaha kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah di universiti masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu bagi membantu meringankan beban kumpulan sasar termasuk para penuntut daripada keluarga B40.

“Kita berharap perkara yang baik (memperkenalkan Menu Rahmah) dapat dilaksanakan di IPTS.

“Apabila program ini diperkenalkan, kementerian menyambut baik kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memperluaskan program tersebut,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

Jumaat lalu, Mohamed Khaled dilaporkan berkata, kementerian akan melaksanakan program Menu Rahmah di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam masa terdekat dan bekerjasama dengan KPDN dalam melaksanakan program berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, pihaknya akan memastikan semua universiti awam melaksanakan program Menu Rahmah itu.

“Setiap universiti awam perlu menyediakan ruang untuk melaksanakan program tersebut yang mendapat kerjasama KPDN ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya