Identiti mayat terdampar di Pantai Lagenda dikenal pasti - Utusan Malaysia

Identiti mayat terdampar di Pantai Lagenda dikenal pasti

MOHD. ZAIDI MAT ZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Pihak polis mengenalpasti mayat tanpa pengenalan diri yang ditemukan terdampar di Pantai Lagenda di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, mayat berkenaan merupakan seorang lelaki berusia 49 tahun dan alamat terakhirnya adalah di Johor.

“Pihak polis menemukan sebuah telefon bimbit bersama mayat yang masih lengkap berpakaian itu dan selepas diperiksa, sim kad pada telefon berkenaan masih aktif.

“Susulan itu, kita berjaya menghubungi waris lelaki itu dan telah hadir ke Jabatan Forensik Hospital Pekan untuk proses pengecaman pada 16 Februari lalu,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaidi berkata, hasil siasatan, waris memaklumkan lelaki berkenaan tinggal di luar dari negeri ini.

“Menurut keluarga mangsa, kali terakhir mereka berhubung adalah pada 10 Februari lalu. Mayat lelaki tersebut telah selamat diserahkan kepada waris dan kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Terdahulu, mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemukan orang awam terdampar di Pantai Lagenda kira-kira pukul 8 pagi, 13 Februari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, operasi mencari dan menyelamat lelaki yang dipercayai terjun dari Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan di sini dihentikan, 12 Februari lalu.

“Tiada sebarang petunjuk ditemukan selepas tiga hari operasi dilakukan. Kita juga tidak menerima sebarang laporan orang hilang sama ada oleh waris atau kenalan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya