Idea gila Naim Daniel nyanyi terbalik memang tak mudah - Datuk Mokhzani - Utusan Malaysia

Idea gila Naim Daniel nyanyi terbalik memang tak mudah – Datuk Mokhzani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua juri Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37), Datuk Mokhzani Ismail, memuji persembahan yang dipamerkan Naim Daniel ketika membawakan lagu Mainan dan melihat percubaan penyanyi itu sebagai sesuatu yang tidak mudah dilakukan.

Menurutnya, untuk seseorang penyanyi membuat persembahan dalam keadaan tergantung di udara dan terbalik sebenarnya membentangkan pelbagai berisiko, terutama untuk mengawal pernafasan dengan betul.

“Naim melakukan persembahan yang menarik dan berbeza daripada yang lain. Tetapi, kita juga menilai aspek persembahan vokal dan menyanyi secara terbalik memang susah untuk kawal suara.

“Kita juga bagaimanapun, tidak boleh menafikan usaha Shiha Zikir yang menyuntik nilai kreativiti tersendiri ketika mempersembahkan lagu Irama. Pendek kata, memang kita kena kupas dari semua segi.

“Memang persembahan Naim menarik, pada masa sama dia turut menjerat diri,”katanya semasa ditemui pada sidang media selepas acara berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif AJL37, Jamil Hassan berkata, pihaknya telah berbincang dengan semua finalis berhubung persediaan persembahan sebulan sebelum acara kemuncak.

Mengulas tentang persembahan Naim, katanya, mereka telah berkali-kali bertanya kepada penyanyi itu sama ada benar-benar yakin mahu meneruskan persembahan dalam keadaan tergantung di udara.

“Saya memang bertanyakan kepada dia, betulkah mahu teruskan idea gila itu? Dia jawab nak buat.

“Dia ada bagi contoh satu muzik video, jadi kami sediakan segala keperluan untuk persembahan itu.

“Banyak faktor yang kami ambil kira secara terperinci dan semasa latihan, kami buat kiraan berapa lama dia mampu bertahan menyanyi dalam keadaan itu. Alhamdulillah, dia boleh bertahan dan bagi saya, Naim hebat,” katanya.

Pada AJL37, Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin mempertaruhkan lagu Mainan, ciptaan bersama Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewanga, manakala lirik pula ditulis Arisz Ab Rahman.

Tahun lalu. Naim turut menyajikan konsep persembahan menggunakan katil yang tergantung ketika menyampaikan lagu Purnama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya