PONTIAN: Hajat seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang menghidap penyakit jantung terbalik atau ‘mitral atresia’ untuk bersekolah masih tidak kesampaian. Menurut bapanya, Abdul Rahmat Ahmad, 49, anaknya, Mohd. Adam Amsyar kini bergantung sepenuhnya dengan mesin oksigen selepas terjatuh di bilik air pada awal bulan lalu. Selepas terjatuh, badannya berubah menjadi kebiru-biruan serta tercungap-cungap dan dengan bantuan jiran, Adam dibawa ke Hospital Pontian sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI). “Adam ditahan selama dua minggu di HSI dan seminggu di Hospital Pontian sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada minggu lepas,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya