Gajah jantan 'kacau' penduduk Kampung Merbau Bekok dipindahkan

Gajah jantan ‘kacau’ penduduk Kampung Merbau Bekok dipindahkan

SEEKOR liar jantan yang dipindahkan oleh Perhilitan Kelantan di Kampung Merbau Bekok, Kuala Krai, Kelantan.-UTUSAN/IHSAN PERHILITAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan sudah memindahkan seekor gajah jantan liar yang ‘mengacau’ kebun serta tanaman penduduk di Kampung Merbau Bekok, di sini, kelmarin.

Pengarah Perhilitan negeri, Mohamad Hafid Rohani berkata, operasi pemindahan itu melibatkan 12 kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang turut mendapat bantuan dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Sanom.

Menurutnya, pada Sabtu lalu, pihaknya telah menerima aduan berhubung gangguan gajah di kawasan kebun milik penduduk serta kawasan Kampung Kuantan, Pahi, di sini.

“Bertindak atas maklumat itu, seramai 10 anggota kita dari Perhilitan Kuala Krai dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) telah menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan.

“Hasil pemantauan kita berjaya menangkap seekor gajah jantan liar,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, penangkapan gajah liar itu memberikan kelegaan kepada penduduk di kampung berkenaan.

Katanya,  bagaimanapun tangkapan dan pemindahan gajah liar yang mengganggu bukannya penyelesaian jangka panjang berikutan kawasan kebun berkenaan berhampiran dengan Hutan Simpan Kekal (HSK) Jentiang dan Hulu Temiang.

“Dianggarkan lebih 20 ekor populasi gajah yang berada dua HSK itu. aya meminta agar pekebun mengambil langkah-langkah mitigasi dengan membina unggun api dan memasang lampu LED biru dilaluan yang dikenal pasti menjadi laluan haiwan berkenaan.

“Pekebun juga perlu memastikan kebun mereka dalam keadaan bersih dan tidak membiarkan kawasan itu bersemak atau membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG),” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya