Fahmi mohon SKMM, polis siasat fitnah kepada PM - Utusan Malaysia

Fahmi mohon SKMM, polis siasat fitnah kepada PM

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat hantaran di Facebook yang memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa `makan mewah’ sedangkan rakyat disaran membeli Menu Rahmah.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil  berkata, hantaran tersebut berniat jahat untuk mengelirukan rakyat dan menjejaskan reputasi Perdana Menteri dengan menyiarkan gambar semula bagi mencipta persepsi buruk kepada kerajaan.

“Ini adalah satu fitnah jahat dan sangkaan buruk oleh seorang individu bernama Sam MY.

“Pemfitnah ini menggunakan gambar lama, individu di kanan gambar iaitu Abd. Rahman Yusof adalah kenalan lama saya dan telah meninggal dunia pada 8 Januari 2021. Saya mohon SKMM serta PDRM siasat segera,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Pengguna akaun Facebook tersebut memuat naik sebuah gambar yang memaparkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sedang makan mewah bersama beberapa individu.

Melalui hantaran tersebut, beliau mengaitkan dengan usaha kerajaan menyediakan Menu Rahmah untuk rakyat, tetapi Perdana Menteri pula sedang menikmati hidangan daging unta.

“Rakyat Marhaen disuruh makan Menu Rahmah, kononnya kena berjimat cermat dan mesti bijak berbelanja tapi Menteri Pasola Kera Jaan McDani Alagapas Abang Non (merujuk kepada Anwar sebagai Perdana Menteri) pula berminyak bibir makan daging unta di Negeri Antah Berantah,” tulis individu tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya