Era Muhyiddin rekod kos selenggara kereta menteri tertinggi - Utusan Malaysia

Era Muhyiddin rekod kos selenggara kereta menteri tertinggi

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan kereta menteri pada tahun 2020 di bawah pemerintahan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatatkan perbelanjaan RM672,000 tertinggi berbanding pada tahun ke berikutnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jawapan bertulis Parlimen memaklumkan, kos penyelenggaraan kenderaan menteri pada tahun 2021 membabitkan  RM478,991.50 manakala bagi tahun  2022 sebanyak RM450,690.66.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, jumlah keseluruhan penyelenggaraan bagi tempoh 2020 hingga 2022 melibatkan implikasi kewangan sebanyak  RM1.601 juta.

“Menteri-menteri persekutuan dibekalkan dengan kenderaan rasmi jawatan (KRJ) model Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021 bagi menggantikan Proton Perdana 2.4L yang dihentikan pengeluaran.

“Kerajaan membayar kos pajakan bulanan terdiri daripada kos sewaan serta kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi setiap KRJ tersebut,” kata Perdana Menteri.

Terdahulu, Ahli Parlimen Chong Zhemin (PH-Kampar) meminta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci jumlah kos penyelenggaraan semua kereta menteri dari 2020 hingga 2022.

Pada tahun 2020, Langkah Sheraton telah menumbangkan kerajaan PH. Muhyiddin mendapat sokongan majoriti dan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac 2020.

Jemaah Kabinet Muhyiddin dianggotai 32 menteri dan 38 timbalan menteri. Namun, kerajaan campuran diterajui Bersatu itu dibubarkan pada 16 Ogos 2021.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada UMNO kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021, namun hanya bertahan 11 bulan sebelum Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022 untuk memberi laluan kepada PRU15.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya