Empat PATI Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia

Empat PATI Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia

EMPAT orang PATI warganegara Mynamar di tahan ATM semasa melakukan rondaan di sekitar Sungai Golok, Tanah Merah, Kelantan-UTUSAN/IHSAN ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar yang memasuki negara ini secara tidak sah semalam.

Kesemua PATI itu ditahan pada pukul 10.30 pagi semasa anggota bertugas melakukan rondaan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua parti itu ditahan semasa cuba masuk ke negara melalui Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati PATI itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan masuk ke negara untuk mencari peluang pekerjaan.

“Kesemua PATI yang ditahan berusia antara 29 hingga 40 tahun. Kita turut merampas empat buah telefon bimbit, dua buah motosikal serta wang tunai (matawang Thailand).

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 4,721.99. Kesemua PATI itu kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ujarnya, ATM akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya