Dua selamat lori kontena, kereta terbakar - Utusan Malaysia

Dua selamat lori kontena, kereta terbakar

KEBAKARAN melibatkan sebuah lori kontena dan kereta di Kilometer 149.3, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara di Tangkak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Dua terselamat apabila sebuah lori kontena terbakar dirempuh sebuah kereta di Kilometer 149.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu, kebakaran berlaku selepas lori kontena yang mengalami kerosakan berhenti di lorong kecemasan.

Beliau berkata, sebuah kereta jenis Proton Persona hilang kawalan dan merempuh lori kontena berkenaan sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar.

“Kedua-dua pandu dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur dan lori kontena tersebut telah mengalami kerosakan sehingga terpaksa berhenti di lorong kecemasan.

“Pihak lebuh raya telah meletakkan kon di bahagian belakang lori berkenaan, namun sebuah kereta dari arah belakang telah masuk ke lorong kecemasan sehingga melanggar bahagian belakang kontena itu.

“Pemandu lori kontena tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu Proton Persona cedera ringan di bahagian dada dan telah dibawa ke Hospital Tangkak,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN