PETALING JAYA: Calon Ketua Pemuda Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Puteri UMNO Datuk Khaidirah Abu Zahar berkongsi matlamat yang sama mahu menjuarai suara anak muda dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu. Kedua-duanya yang kebetulan merupakan pemimpin sayap parti UMNO Bahagian Jasin antara calon yang akan bertanding merebut jawatan di Pusat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Dr. Muhamad Akmal yang juga ADUN Merlimau berkata, beliau tidak sangka dirinya dan Khaidirah secara kebetulan membuat keputusan mempertaruh nasib untuk jawatan di peringkat pusat. Katanya, meskipun berlainan sayap, tetapi mereka dilahirkan daripada keluarga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya