Bermula sebagai peladang, kini miliki taman ruminan - Utusan Malaysia

Bermula sebagai peladang, kini miliki taman ruminan

AQIM MARZUKI (dua dari kiri) dan Muhamad Nasir Pahmi (tengah) memberi makan biri-biri yang diternak di Taman Ruminan CQP di Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Tiada siapa menyangka, bermula sebagai seorang peladang hampir 20 tahun lalu yang menternak lembu daging serta kambing kini membolehkan seorang wanita berjinak-jinak dengan aktiviti agropelancongan. 

Pengarah Cattle Queen Park (CQP), Aqim Marzuki berkata, taman ruminan yang menempatkan haiwan ternakan seperti kambing, biri-biri, kuda, lembu dan rusa dan kini merupakan bidang tambahan bagi syarikatnya, Lazuli Sdn Bhd, yang sebelum ini memberi fokus terhadap bidang penternakan. 

Beliau berkata, pembukaan pusat agropelancongan itu secara tidak langsung memberikan peluang kepada pihaknya mempromosikan produk ladang yang mempunyai lebih 5,000 ekor ternakan.

“Mula dibuka pada awal tahun  2020, CQP kini sudah dikunjungi lebih 10,000 pelancong dari dalam dan luar negeri atas kapasiti sebagai taman ruminan pertama di negara ini dan negeri Johor. 

“Kami juga menawarkan pakej lawatan sambil belajar kepada pelbagai pihak yang ingin mendalami selok belok penternakan haiwan ruminan ini sebagai pengetahuan asas untuk mereka berjinak-jinak dalam aktiviti penternakan,” katanya pada Majlis Pengiktirafan Cattle Queen Park (CQP) sebagai Taman Ruminan pertama di Malaysia hari ini. 

Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia, Muhamad Nasir Pahmi mengakui taman ruminan tersebut mempunyai tarikan tersendiri untuk menggamit kedatangan pengunjung.

“Pihak kami amat menyokong penyediaan pusat-pusat pelancongan seperti ini kerana bukan sahaja pengunjung memperoleh ilmu menerusi penerangan yang diberikan, malah dapat merasai sendiri cara memberi makan haiwan ternakan di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya