Bekas wartawan Utusan Malaysia meninggal dunia akibat sesak nafas - Utusan Malaysia

Bekas wartawan Utusan Malaysia meninggal dunia akibat sesak nafas

Haniza Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bekas wartawan Utusan Malaysia Biro Johor meninggal dunia selepas mengadu sukar bernafas di kediamannya di Kampung Kelimat, Sungai Siput, Perak awal pagi ini.

Allahyarham Haniza Hassan, 38, yang merupakan anak sulung daripada empat beradik meninggal dunia pada pukul 2.45 pagi tadi.

Menurut adiknya, Hazimah, 33, ketika kejadian Allahyarhamah tinggal berdua dengan adik bongsu mereka.

“Semalam dia sudah tidur, tetapi terbangun untuk ke tandas. Ketika itu dia mengadu sukar bernafas sebelum tidak sedarkan diri.

“Adik bongsu yang tinggal bersamanya kemudian memanggil ambulans dan apabila pegawai kesihatan tiba, mereka sahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hazimah memberitahu, beberapa hari lalu Allahyarhamah mengadu penat dan demam.

“Selain itu, dia menghidap penyakit darah tinggi, tetapi ambil ubat seperti disarankan,” katanya.

Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelimat, hari ini.

Haniza sebelum ini pernah berkhidmat sebagai wartawan Utusan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 2007 sebelum dipindahkan ke Biro Johor pada 2011 dan  berkhidmat hingga tahun 2019.

Allahyarhamah merupakan seorang wartawan yang berdedikasi dan banyak berjasa dalam menyampaikan berita tentang pembangunan masyarakat setempat dan mengutarakan permasalahan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya