Bekas Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas Ahli Parlimen Jelebu dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat, 68, meninggal dunia tengah hari tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh anak saudaranya, Dol Ramli Mustafa ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang selepas dilaporkan menghadiri satu mesyuarat daerah itu.

“Difahamkan Allahyarham jatuh pengsan sekitar pukul 12 tengah hari dan dibawa ke hospital, kemudian beliau disahkan meninggal dunia.

“Jenazah Allahyarham masih di Kuantan dan akan dimandi dan dikafankan di sana. Jenazah kemudian akan dibawa pulang kediaman keluarga Allahyarham di Seremban 2 pada malam ini dan dijangka akan dikebumikan di Seremban esok,” katanya.

Yunus bergelar Ahli Parlimen Jelebu mewakili Barisan Nasional (BN) dari tahun 1995 hingga 1999 dan ADUN Klawang dari 2008 hingga 2018.

Beliau juga  berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan dari 2008 hingga 2013.

Allahyarham kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2018.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya