Banjir hampir pulih, tinggal 977 mangsa di Johor - Utusan Malaysia

Banjir hampir pulih, tinggal 977 mangsa di Johor

MANGSA dan pasukan sukarelawan bergotong-royong membersihkan rumah penduduk yang dilanda banjir di Kampung Bukit Raja, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini dilihat kembali pulih apabila hanya seramai 977 mangsa 273 keluarga yang masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) hingga pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, hanya tinggal tiga  daerah yang masih terjejas akibat banjir ketika ini, iaitu Batu Pahat, Segamat dan Kota Tinggi.

“Batu Pahat kekal daerah paling terjejas dengan seramai 873 mangsa daripada 247 keluarga yang ditempatkan di enam buah PPS.

“Di Segamat, mangsa banjir yang tinggal hanya 63 orang daripada 20 keluarga di tiga PPS, manakala di Kota Tinggi seramai 41 orang daripada 6 keluarga di sebuah PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Azmi turut memberitahu, Jalan Tanah Abang dan selekoh pertama Tanah Abang di Mersing masih ditutup disebabkan air naik, manakala di Kulai, Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan Sungai Bekok di Batu Pahat menunjukkan paras air pada tahap bahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya