Amanah tawar tadbir urus berkonsepkan pendekatan rahmah di Kelantan

Amanah tawar tadbir urus berkonsepkan pendekatan rahmah di Kelantan

KHALID ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menawarkan tadbir urus berkonsepkan pendekatan rahmah sekiranya Pakatan Harapan (PH) diberi mandat mentadbir negeri ini.

Pengerusinya, Khalid Abdul Samad berkata, tata kelola yang baik akan turut diterjemahkan jika berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Kita juga nak fahamkan rakyat Kelantan bahawa pilihan raya ini bukan soal memilih Islam atau bukan Islam. Hal ini kerana kedudukan Islam di Malaysia sudah mantap di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Rakyat perlu faham tujuan pilihan raya adalah untuk memilih siapa bakal mentadbir negeri ini dan mempunyai pendekatan untuk memberikan hasil terbaik kepada rakyat,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Kubang Kerian di sini hari ini.

Bekas Menteri Wilayah itu memberitahu, pilihan raya membuka ruang kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang mampu mentadbir negeri ini sebaik mungkin dengan memberi manfaat, kemajuan dan mencapai kemakmuran.

Katanya, mesej tersebut dilihat jauh berbeza berbanding Pas.

Khalid berkata, kewujudan gelombang hijau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu adalah lebih berdasarkan sentimen berbanding dan bukannya kebangkitan Islam sepertimana didakwa oleh Pas.

“Saya yakin, apa yang dikatakan sebagai ‘gelombang hijau’ itu sebenarnya merupakan sebuah situasi berasaskan maklumat tidak tepat.

“Jadi dalam tempoh beberapa bulan ini, kita akan cuba memastikan PRN Kelantan tidak akan diwarnai gelombang tersebut,”ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya