PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mencadangkan pertuduhan terhadap beberapa individu selepas siasatan mendapati terdapat ‘arahan’ projek Jana Wibawa diberikan secara tender terus kepada kontraktor dan syarikat tertentu. Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, siasatan turut mendapati beberapa kontraktor dipercayai membayar komisen atau rasuah tiga hingga lima peratus dari nilai projek membabitkan puluhan hingga ratusan juta ringgit. “Kertas siasatan SPRM mengenai ketirisan dana Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) itu akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Cadangan pertuduhan itu dibuat selepas siasatan SPRM terhadap isu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya