BATU PAHAT: Sebarang 8,907 unit pelbagai jenis cecair vape serta peranti berjaya dirampas hasil penahanan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah premis di Taman Flora Utama dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin Wilayah 2 melakukan serbuan itu pada pukul 4.30 petang dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki pemilik premis berkenaan berusia lingkungan 40-an.
“Polis merampas sebanyak 8,907 unit pelbagai jenis cecair vape dan peranti yang dianggarkan bernilai RM300,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek kini ditahan reman selama tiga hari hingga 10 Februari ini untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 jika sabit kesalahan. – UTUSAN