27,119 calon duduki SPM 2022 di Kelantan

27,119 calon duduki SPM 2022 di Kelantan

MOHD. Zin Halim (kanan) menitipkan pesanan kepada kepada Calon SPM sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan di SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Seramai 27,119 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Kelantan menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri, Mohd. Zin Halim berkata, jumlah tersebut melibatkan calon di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Yayasan Islam Kelantan (YIK), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah swasta dan persendirian di seluruh Kelantan melibatkan 286 pusat peperiksaan.

“Seramai 2,809 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.

“Manakala seramai 100 penyelia kawasan serta 861 pengemas bilik peperiksaan telah dilantik bagi memastikan pelajar dapat menjalani peperiksaan dengan tenang dan selesa,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, di sini hari ini.

 

 

SEORANG calon SPM 2022 ditenangkan oleh ibunya sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan di SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-FOTO/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

Sementara itu, seorang calon SPM, Fadhliyatul Insyirah Abdul Hadi ,18, memberitahu, dia akan berusaha melakukan yang terbaik bagi mencapai keputusan cemerlang.

“Perkara yang paling penting ketika ini adalah kekal tenang dan menjawab peperiksaan dengan sebaik mungkin.

“Insya-Allah, saya akan memanfaatkan setiap ilmu yang telah dipelajari di sekolah bagi memastikan sasaran saya untuk mencapai keputusan 11A+ tercapai,” ujarnya-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya