160 masjid, 140 sekolah agama bakal terima WiFi - Utusan Malaysia

160 masjid, 140 sekolah agama bakal terima WiFi

MOHD. FARED MOHD. KHALID (tengah) bergambar bersama-sama umat Islam yang menghadiri Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Negeri Johor di Masjid Sultan Ibrahim, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Kerajaan negeri akan melengkapi masjid dan sekolah agama dengan kemudahan WiFi bermula pada sesi persekolahan baharu, Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, sebanyak 160 masjid serta 140 sekolah agama akan dilengkapi kemudahan tersebut dalam fasa pertama program berkenaan.

“Lokasi terpilih ini akan mula dipasang seawalnya pada penghujung bulan ini,” katanya ditemui selepas Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Negeri Johor di Masjid Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Mohd. Fared berkata, inisiatif pemasangan Wifi tersebut bertepatan dengan kemodenan digital serta penggunaan teknologi yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat.

Beliau yakin usaha tersebut akan memberi banyak manfaat kepada umat Islam, khususnya kepada golongan pelajar.

Ditanya jumlah sekolah agama yang dalam keadaan daif di negeri ini, Mohd. Fared memaklumkan tiada sekolah agama yang usang direkodkan setakat ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa berusaha memberi dan menyediakan kemudahan terbaik di sekolah agama demi keselesaan semua pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya