KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaafkan 10 ahli parlimen UMNO yang belot kerana menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Menurut seorang perwakilan kepada Utusan Malaysia, Ahmad Zahid pada mulanya dikatakan tidak menyebut secara spesifik nama wakil rakyat berkenaan sebaliknya hanya menyatakan nama kawasan parlimen sahaja. Katanya, tindakan itu menyebabkan sorakan daripada para perwakilan yang meminta Timbalan Perdana Menteri menyebut nama-nama ahli parlimen yang dimaksudkan. Bagaimanapun, kata sumber, Ahmad Zahid memaafkan 10 individu tersebut dan meminta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya