Wanita Kelantan kembali 'menggilai' barang kemas bentuk duit syiling lama dan lipan

Wanita Kelantan kembali ‘menggilai’ barang kemas bentuk duit syiling lama dan lipan

MOHD. Fadil Mohd. Noor (kanan) menunjukkan rantai tangan jenis duit syiling yang kembali menjadi kegilaan wanita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kemudi di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Barang kemas berbentuk syiling lama dan lipan kembali menjadi ‘kegilaan’ golongan wanita di negeri ini walaupun ia merupakan rekaan lama.

Eksekutif Kanan Pemasaran dan Media MZ Gold Sdn. Bhd  Mohd. Fadil Mohd. Noor mendedahkan rekaan yang pernah popular satu masa dulu kembali menjadi perhatian apabila ditempah oleh golongan wanita negeri ini.

“Pada masa yang sama, rekaan ‘pelik’ yang diberikan pelbagai nama seperti daun ketum dan tayar Y Suku (motosikal jenis Yamaha 15ZR) turut menjadi pilihan.

“Selain itu, ‘love gemuk’ dan donat turut sohor kini dalam kalangan wanita Kelantan menerusi tempahan yang diterima oleh pihaknya,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di sini hari ini.

Mohd. Fadil memberitahu, kebanyakkan wanita di sini sanggup mengeluarkan belanja membeli barangan kemas yang sudah sinonim dengan mereka.

Katanya, MZ Gold sudah mula menerima tempahan daripada golongan wanita untuk digayakan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Setakat ini kita sudah mempunyai cawangan iaitu di Terengganu, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor, manakala dua lagi beroperasi di negeri ini.

“Pada tahun 2023 kita menyasarkan jualan lebih RM5 juta dengan tujuh cawangan yang ada ketika ini,” ujarnya-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya