Van jenazah baharu mudahkan urusan fardu kifayah di Masjid Mukim Gelang Mas

Van jenazah baharu mudahkan urusan fardu kifayah di Masjid Mukim Gelang Mas

ZAFRI Ab. Halim (empat kiri) bersama tetamu yang hadir pada Majlis penyerahan van jenazah kepada pihak Masjid Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Van jenazah baharu yang disumbangkan kepada Masjid Gelang Mas oleh Etiqa Family Takaful Berhad dan Islamic Aid Malaysia (IAM) memudahkan lagi urusan fardu kifayah di kawasan mukim berkenaan.

Imam masjid berkenaan Mokhtar Wok berkata, pemberian itu sekaligus menamatkan penantian selama setahun pihaknya untuk menggantikan kemudahan van sedia ada yang sudah rosak dan uzur.

Menurutnya, permohonan untuk penggantian van tersebut dibuat awal tahun lalu berikutan pihaknya berdepan kesukaran untuk menguruskan kematian.

“Sumbangan ini amat bermakna buat penduduk di sini. Insya-Allah, kami akan memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan ini,” katanya kepada pemberita selepas program Majlis Penyerahan Van Jenazah kepada Masjid Gelang Mas, di sini hari ini

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa Family Takaful Berhad Zafri Ab. Halim memberitahu, penyerahan ini merupakan tanggungjawab zakat korporat pihaknya.

Katanya, Selain Masjid Gelang Mas van jenazah ini akan turut memberi manfaat kepada dua lagi masjid dari mukim berdekatan iaitu Masjid Mukim Apa-Apa dan Masjid Mukim Kenat.

“Kedua-dua masjid itu terletak lebih antara lima hingga tujuh kilometer.

“Dengan van jenazah baru ini diharapkan masjid ini dapat menyediakan kemudahan pengurusan jenazah kepada komuniti setempat,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya