KOTA BHARU: UMNO Kelantan sebulat suara berdiri teguh dan menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekalu Presiden parti itu.
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, ketetapan itu dibuat menerusi satu mesyuarat yang berlangsung hari ini.
“Kami (UMNO Kelantan) menolak sekeras-kerasnya segala perbuatan khianat yang melemahkan struktur dan strategi parti bagi memenuhi kehendak agenda individu.
“Pada masa yang sama, kami meminta agar mana-mana pihak yang didapati mengkhianati parti di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu diambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan memberitahu, pihaknya dalam rangka menyusun gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan yang dijangka berlaku pada bila-bila masa.-UTUSAN