Ular sawa batik lebih 10 kg ditangkap ‘ceroboh’ kawasan sekolah

Ular sawa batik lebih 10 kg ditangkap ‘ceroboh’ kawasan sekolah

ULAR sawa batik yang berjaya ditangkap anggota bomba di SK Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai di sini, gempar apabila seekor ular sawa batik seberat lebih 10 kilogram ‘menceroboh’ masuk ke kawasan berkenaan semalam.

Kehadiran reptilia sepanjang lebih dua meter itu disedari oleh seorang pekerja kebersihan berhampiran sebuah bilik darjah murid tahun enam.

Pegawai Bomba Daerah, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, haiwan itu ditangkap kira-kira pukul 8.57 pagi selepas anggota bomba mengambil masa selama hampir lima minit untuk menjalankan operasi.

Menurutnya, ular tersebut berada dalam keadaan tidak agresif sekali gus memudahkan anggota APM menggunakan penyepit dan penjerut untuk menangkap reptilia itu.

“Haiwan berkenaan kemudiannya dilepaskan di kawasan hutan yang jauh dari kediaman awam.

“Tiada murid yang belajar di bilik darjah itu kerana sekolah tidak beroperasi pada cuti hujung minggu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azhar Elmi memberitahu, kes tersebut merupakan kejadian pertama ular masuk ke kawasan sekolah yang dilaporkan setakat ini di Pasir Puteh.

Katanya, reptilia itu mungkin masuk ke kawasan sekolah ekoran habitatnya di kawasan hutan ditenggelami air semasa hujan lebat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya