Trak tunda bawa kontena turut terbakar - Utusan Malaysia

Trak tunda bawa kontena turut terbakar

ANGGOTA bomba melakukan kerja-kerja pemadaman api sebuah trak tunda yang terbakar dalam kejadian di Jalan Persiaran Utama S2/3, Seremban 2, Seremban hari ini.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah trak tunda yang membawa kontena dari sebuah lori treler yang terbakar dekat Rasah di sini pagi tadi turut mengalami kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pihaknya yang menerima panggilan kira-kira pukul 2.08 petang tadi dan bergegas ke lokasi kejadian di Jalan Persiaran Utama S2/3, Seremban 2 di sini.

“Setibanya di lokasi kami mendapati trak tunda yang membawa kontena dari sebuah lori treler yang terbakar di Lebuh Raya Utara Selatan pagi tadi, telah terbakar ketika dalam perjalanan ke Balai Polis Seremban 2 di sini bagi tujuan membuat laporan polis.

“Kebakaran bermula dari dalam kontena itu yang dipercayai masih terdapat serpihan bara daripada kejadian pagi tadi. Kebakaran turut menyebabkan tayar trak tunda tersebut meletup.

“Susulan kejadian itu, pihak bomba terus melakukan pemadaman dan membuat penguraian bahan dalam kontena itu sebelum dibawa oleh trak tunda lain ke balai polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. 

Menurut beliau, seorang lelaki yang merupakan pemandu trak tunda tersebut selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, sepasang suami isteri rentung dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori treler membawa kontena kira-kira pukul 8.40 pagi di Kilometer 259.6 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Selatan) berhampiran susur masuk ke Plaza Tol Port Dickson dekat Rasah di sini.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Mazlan Molot, 48, dan isterinya, Fauziah Uyop, 40-an.

Difahamkan, kontena tersebut mengisi muatan barangan lusuh kitar semula yang dikisar.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya