Tiga beradik panjat bumbung kenderaan terperangkap dalam banjir - Utusan Malaysia

Tiga beradik panjat bumbung kenderaan terperangkap dalam banjir

TIGA beradik terpaksa memanjat bumbung kenderaan selepas terperangkap dalam banjir di Jalan Impian, Taman Impian, Labis, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Tiga beradik berdepan detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terperangkap dalam banjir di Jalan Impian, Taman Impian, Labis petang tadi. 

Mereka terpaksa menyelamatkan diri dengan keluar dan duduk di atas bumbung kenderaan tersebut sebelum diselamatkan pihak bomba. 

Menurut Ketua Balai Bomba Labis, Penolong Penguasa Bomba Hafifie Md. Sarif, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.51 petang tentang mangsa yang terperangkap dalam banjir.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati tiga orang mangsa yang kesemuanya lelaki telah berada di atas bumbung kenderaan. Kenderaan mangsa telah separuh tenggelam dalam banjir dan terperangkap di tengah-tengah kawasan yang telah dinaiki air.

“Seramai lima anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian. Tiga beradik yang dalam perjalanan dari Labis ke Segamat berjaya diselamatkan dalam masa 30 minit. 

Terima kasih kepada orang awam yang bertindak pantas menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan mengenai kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Pihak bomba menggunakan jaket keselamatan bagi membawa kesemua mangsa ke tempat selamat dan operasi tamat pukul 2.24 petang.

Hafifie menasihati orang ramai supaya bertindak menyelamatkan diri terlebih dahulu ke tempat yang tinggi dan selamat sementara menunggu pasukan penyelamat tiba bagi misi menyelamat dalam situasi banjir melanda pada masa ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya