Tiada maklumat suspek bom di Thailand lolos ke sempadan negeri ini-Polis Kelantan

Tiada maklumat suspek bom di Thailand lolos ke sempadan negeri ini-Polis Kelantan

Muhamad Zaki Harun (tengah) bersama Pengarah RHB Bank Berhad Pantai Timur Yusof NG (dua kiri) menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di IPD Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Polis belum menerima sebarang maklumat mengenai suspek berkait dengan insiden letupan bom di pekarangan kuarters polis di Narathiwat, selatan Thailand lolos ke sempadan negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun bagaimanapun berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan kes berkenaan dari masa ke masa.

“Mungkin pihak polis Thailand ada berhubung dengan Wisma Putra, tetapi setakat ini kami tidak menerima apa-apa arahan berkiat dengan kes berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Bencana Banjir daripada RHB Bank kepada mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya sentiasa memperketatkan rondaan sempadan dalam usaha membendung aktiviti jenayah termasuklah penyeludupan.

Katanya, Polis Kelantan sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah rentas sempadan.

Media Thailand sebelum ini melaporkan dua dari sembilan suspek yang terlibat dalam insiden letupan bom kereta di perkarangan kuarters polis di Narathiwat, selatan Thailand pada November lalu ditahan.

Serangan itu membunuh seorang anggota polis, mencederakan 25 anggota polis dan ahli keluarga mereka yang tinggal di bangunan itu-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya