Terus-terang kalau dapat tawaran tidak setimpal – Kismah Johar - Utusan Malaysia

Terus-terang kalau dapat tawaran tidak setimpal – Kismah Johar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiedn Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM), Kismah Johar memberitahu, isu bayaran tidak setimpal pernah berlaku sekitar tahun 2000, terutama membabitkan artis veteran.

Jelasnya, ada dalam kalangan mereka, termasuk pelakon tambahan yang sudah lama berkecimpung pernah dibayar RM150 hingga RM300 sehari.

“Bayaran tersebut sangat tidak berbaloi ketika itu. Kalau berlaku lagi sekarang, sangat tidak wajar, apatah lagi dengan kenaikan harga barang.

“Namun, isu tersebut sudah lama berlalu dan tiada kes baharu melibatkan 100 artis veteran yang bernaung di bawah YAVM. Berkemungkinan isu itu melibatkan artis veteran di bawah pertubuhan atau persatuan lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Kismah sentiasa menasihati artis veteran di bawah YAVM supaya berterus terang setiap kali mendapat tawaran kerja tidak setimpal.

Jelasnya, tidak wajar untuk mereka menerima tawaran yang tidak berbaloi kerana lakonan melibatkan komitmen masa dan tenaga di set penggambaran.

“Saya selalu nasihat supaya berterus terang sebab kita sudah mempunyai banyak pengalaman dan ada nama dalam industri.

“Kalau bayaran yang tidak setimpal, lebih baik tawaran tersebut ditolak sebab kita hendak berkarya dengan penuh keikhlasan. Bimbang apabila penat dan bayaran tidak berbaloi, kita tidak mampu berikan lakonan yang terbaik,” katanya.

Kismah bagaimanapun, akur segelintir artis veteran tidak kisah tentang soal bayaran kerana mempunyai pendapatan lain atau hidup selesa.

Kismah menjelaskan, artis veteran di bawah naungan yayasan itu juga tidak berdepan masalah seperti tidak dibayar selepas selesai menjalani penggambaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya