Tahun Baharu Cina: Operasi perniagaan Pasar Besar Seremban dilanjutkan - Utusan Malaysia

Tahun Baharu Cina: Operasi perniagaan Pasar Besar Seremban dilanjutkan

OPERASI Pasar Besar Seremban akan dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam pada malam sambutan Tahun Baharu Cina, Sabtu ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Operasi perniagaan di Pasar Besar Seremban akan dilanjutkan sehingga pukul 12 malam pada malam perayaan sambutan Tahun Baharu Cina, Sabtu ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia bagi mengelakkan kesesakan di pasar berkenaan bagi membolehkan masyarakat berbelanja.

“Operasi Pasar Besar Seremban akan dilanjutkan sehingga pukul 12 malam bagi mengelakkan kesesakan di pasar tersebut. Mereka boleh mengambil peluang untuk berbelanja lebih lama. 

“Ini merupakan kali pertama dan diluluskan melalui Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Pengerusi Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong akan menanggung kos permit pada jualan pada malam Tahun Baharu Cina itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini. 

Aminuddin dalam pada itu memaklumkan, pihak kerajaan negeri juga tidak menolak kemungkinan untuk melanjutkan operasi pasar utama berkenaan pada hari perayaan yang lain. 

“Kerajaan negeri mengambil kira juga perayaan lain selepas ini seperti sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya