Sumbang mahram dengan anak tiri, peniaga warung dipenjara 15 tahun 19 sebatan - Utusan Malaysia

Sumbang mahram dengan anak tiri, peniaga warung dipenjara 15 tahun 19 sebatan

SEORANG peniaga warung didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dan seks luar tabii terhadap anak tirinya.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang peniaga warung dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 19 sebatan di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan sumbang mahram dan seks luar tabii terhadap anak tirinya sejak tahun 2021 hingga Disember tahun lalu. 

Hakim, Datin Surita Budin membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 38 tahun mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan. 

Surita dalam prosiding penghakiman menetapkan hukuman penjara ke atas lelaki itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 29 Disember 2022 dan berharap hukuman itu dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, tertuduh didakwa telah melakukan persetubuhan dengan anak tirinya yang ketika kejadian berusia 12 tahun yang mana hubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai kepada tertuduh untuk berkahwin dengannya. 

Kesalahan itu dilakukan di dua lokasi berasingan iaitu sebuah rumah di Kampung Bagong Serting Ulu Batu Kikir, Jempol dan sebuah warung di Serting Ulu Batu Kikir, Jempol antara 1 Januari 2021 hingga 10 Disember 2022. 

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan  hendaklah dihukum dengan sebatan. 

Bagi satu lagi pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah memasukkan objek iaitu terung ke dalam kemaluan anak tirinya tanpa kerelaan lebih kurang pukul 8 malam 11 April hingga 20 April 2021 di sebuah warung di Serting Ulu Batu Kikir, Jempol. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan. 

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang kini berusia 14 tahun telah dirogol sebanyak enam kali oleh tertuduh yang merupakan bapa tiri hasil perkahwinan dengan ibu mangsa pada 2014.

Hasil siasatan mendapati mangsa telah dirogol sebanyak enam kali dan tertuduh telah beberapa kali memasukkan terung sebesar satu inci ke dalam kemaluan mangsa tanpa kerelaan dan pemeriksaan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah mendapati terdapat kesan koyakan di kemaluannya.

Mangsa memaklumkan kepada kakaknya bahawa dia telah lama dirogol oleh bapa tiri tetapi takut untuk menceritakan kejadian itu sebelum laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada bulan Disember lalu.

Terdahulu, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh mengambil kira kepentingan awam dan mangsa yang merupakan anak tirinya. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman dikurangkan dan telah menyesali perbuatan tersebut. 

Pada 30 Disember lalu, media melaporkan polis menahan seorang peniaga lelaki berusia 34 tahun selepas disyaki merogol anak tirinya di Batu Kikir, Jempol. 

Mangsa mendakwa telah dirogol oleh bapa tirinya pada 10 Disember lalu ketika sedang tidur di ruang tamu rumah. 

Susulan kejadian itu, mangsa telah menceritakan kepada kakaknya sebelum laporan polis dibuat.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya