Saya terkejut, sedih - Onn Hafiz - Utusan Malaysia

Saya terkejut, sedih – Onn Hafiz

ONN HAFIZ GHAZI (tengah) menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di Yong Peng, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kepimpinan tertinggi UMNO perlu melihat kesan dan akibat tindakan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpinnya, khususnya di peringkat akar umbi.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas mereka setelah keputusan tersebut dibuat.

Selaku Menteri Besar, beliau akan terus memberi fokus terhadap membangunkan negeri dengan semangat perpaduan rakyat Johor.

“Secara peribadi saya rasa ramai yang terkejut dan sedih dengan apa yang diputuskan semalam. Daripada segi persepsi sudah tentu kita perlu ‘manage’ sama ada di peringkat ahli parti dan juga di peringkat rakyat secara umum.

“Dan saya rasa ini satu tanggungjawab besar untuk pucuk pimpinan, iaitu untuk melihat persepsi umum dan apa yang sedang berlaku di bawah,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di Dewan Che Ann Khor, Yong Peng, Batu Pahat, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan,

Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han.

Onn Hafiz yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO enggan perkara itu mengganggu fokus pentadbirannya untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030.

Semalam, UMNO membuat keputusan untuk memecat Tan Sri Noh Omar, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, manakala, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd. Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian parti selama enam tahun.

Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad pula digugurkan selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan digantikan dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya