Reman 'Ayahanda Zul' disambung sehari

Reman ‘Ayahanda Zul’ disambung sehari

BAHARUDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Tempoh reman seorang peniaga dikenali sebagai Ayahanda Zul yang dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap pegawai dan anggota polis di negeri ini, disambung sehari lagi. 

Perintah reman sehingga esok itu dikeluarkan Majistret Noradila Ab Latif di Mahkamah Majistret Dungun, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, perintah tersebut dikeluarkan bagi membolehkan suspek yang berusia 53 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. 

“Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana dipercayai melindungi pekerja asing tanpa permit sah,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Terdahulu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa dilaporkan berkata, suspek ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah rumah di Bangi, Selangor pada 2 Januari lalu selepas melarikan diri ke negeri lain sejak November lalu. 

Menurutnya, ugutan bunuh dibuat suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan operasi polis terhadap aktiviti pengedaran dadah yang didalangi kumpulannya di daerah ini. 

Rohaimi berkata, sepanjang tempoh bersembunyi, suspek melakukan ugutan dan mencabar polis segera menangkapnya menerusi aplikasi WhatsApp. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya