PRN: Tidak timbul kesukaran dalam rundingan kerjasama PH-BN - Utusan Malaysia

PRN: Tidak timbul kesukaran dalam rundingan kerjasama PH-BN

ANTHONY Loke Siew Fook ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Pertandingan Bakat Belia N9 2022 di Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tidak berlaku sebarang kesukaran dalam soal rundingan kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, masa yang tepat adalah sangat penting untuk parti membuat sebarang keputusan.

“Apabila sampai masanya, keputusan akan dibuat, memang ada prosesnya untuk kita berbincang dan berunding.

“Kadangkala bukan soal sukar, tetapi dalam politik, timing adalah penting, bila waktunya mahu membuat keputusan apa, itu terpulang kepada pertimbangan politik masing-masing.

“Bagi saya bukan soal sukar, kita sudah tubuhkan kerajaan dan duduk dalam satu Kabinet, kalau kata sukar,dalam lima hari kami selesaikan rundingan bagi tubuhkan kerajaan selepas 19 November lalu, tidak timbul soal sukar daripada segi perundingan,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Pertandingan Bakat Belia N9 2022 di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PH masih belum memulakan perbincangan berkenaan kerjasama dengan BN untuk menghadapi enam PRN pada tahun ini.

Siew Fook yang juga Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Seremban menambah, fokus ketika ini adalah bagi memastikan pentadbiran kerajaan yang telah dibentuk berjalan lancar.

“Soal PRN itu akan dibincangkan, masih ada masa, kalau pembubaran DUN dibuat pun, masih ada tempoh 60 hari baru ada pilihan raya jadi masing-masing ada pengalaman yang cukup, saya tidak bimbang soal lambat untuk berunding.

“Apa yang rakyat mahu lihat adalah kerajaan perpaduan hari ini dapat berfungsi dengan baik,” katanya lagi.

Enam buah negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya