PETALING JAYA: Pilihan raya negeri (PRN) akan menjadi penentu kekuatan UMNO selepas ini berikutan tindakannya memecat dan menggantung beberapa pemimpin Pusat dan akar umbi, kelmarin ekoran dakwaan telah membelakangkan dan melanggar peraturan parti. Hukuman itu telah mengundang kejutan dan reaksi berbelah-bahagi dalam kalangan ahli UMNO sendiri, malah turut mendapat ribuan komen rakyat di media sosial yang dijangka menterjemahkan penerimaan mereka terhadap keputusan itu dalam PRN di enam negeri nanti. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, pemerhati politik yang juga pensyarah Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum Fakulti Perniagaan dan Komunikasi Universiti Malaysia Perlis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya