Polis pantau 20 lokasi kemalangan di Machang

Polis pantau 20 lokasi kemalangan di Machang

MOHD. Adli Mat Daud (tiga kanan) beramah mesra dengan pegawai agensi yang terlibat dalam Op Selamat Tahun Baharu Cina selepas menyampaikan Taklimat Medan Pasukan Op Selamat 19/2023 di sebuah stesen minyak di Bukit Belah, Machang, Kelantan malam tadi-UTUSAN/ ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang menempatkan seramai 70 pegawai dan anggota di 20 lokasi hitam yang sering berlaku kemalangan sepanjang Op Selamat Tahun Baharu Cina bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, lokasi panas yang dikenal pasti itu ialah Kilometer (km) 8 Jalan Machang – Tanah Merah berhampiran simpang tiga Paloh Rawa, KM7 Jalan Machang – Tanah Merah (berhampiran lampu isyarat Wakaf Bata) dan KM30 Jalan Kota  Bharu-Kuala Krai (simpang Pangkal Gong-Mata Ayer).

“Selain itu, KM6 Jalan Machang-pasir Puteh di simpang pejabat tanah, KM28.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, KM51.3 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai (di depan pondok Kampung Pek) dan KM25 Jalan Kota Bharu Kuala Krai turut akan dipantau sepanjang Op Selamat Tahun Baharu Cina.

“Selain itu, IPD Machang turut dibantu 14 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, 30 anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan 15 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sepanjang operasi dijalankan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Taklimat Medan Pasukan Op Selamat 19/2023 di sebuah stesen minyak di Bukit Belah di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Adli berkata, pihaknya menerima lebih 30 borang balik kampung untuk memantau kawasan rumah dari penduduk sekitar daerah ini yang memaklumkan mereka tiada di rumah semasa Tahun Baharu Cina.

Katanya, IPD Machang sudah mengedarkan borang balik kampung sejak seminggu lalu dan beliau dijangkakan lebih banyak borang akan dihantar penduduk melalui balai polis dalam masa terdekat.

“Melalui kaedah itu, anggota polis akan menjalankan pemantauan secara berkala setiap hari bagi mengelakkan berlakunya kejadian pecah rumah.

“Borang-borang tersebut boleh dihantar ke balai polis berdekatan atau secara dalam talian,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya