Polis Kelantan terima lebih 100 permohonan sebagai pengiring dari pihak sekolah

Polis Kelantan terima lebih 100 permohonan sebagai pengiring dari pihak sekolah

MUHAMAD  Zaki Harun (dua dari kanan) beramah mesra bersama Pengetua dan sebahagian pelajar SMK Raja Sakti, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan menerima lebih 100 permohonan dari pihak sekolah di seluruh negeri ini sebagai pengiring semasa proses pengeluaran wang wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sejak seminggu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sehubungan itu, beliau telah mengarahkan kontinjen di semua Ibu Pejabat Daerah seluruh negeri agar terus memberi bantuan polis pengiring kepada sekolah yang memerlukan.

Menurutnya, selain sekolah, agensi-agensi kerajaan turut membuat permohonan bantuan polis pengiring bagi mengiringi tugasan yang melibatkan aspek kewangan.

“Bukan semua perkara memerlukan polis pengiring. Tetapi, kita akan melihat dan mengkaji risiko bagi setiap tugasan yang memerlukan kawalan keselamatan.

“Sekiranya pihak sekolah memerlukan kawalan polis pengiring, mereka boleh terus memohon.  Kita akan menyediakan pegawai pengiring untuk membantu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Engagement Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) / Siswa Siswi Koreksional (Siskor) / Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Sispa)/ Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Darat dan Laut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti, Binjai di sini hari ini. 

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, seorang guru besar sebuah sekolah di Beranang, Selangor disamun apabila keretanya dipecah selepas mengeluarkan wang BAP berjumlah RM109,000 dalam kejadian di Pekan Semenyih kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, guru besar berusia 50 tahun itu tidak membuat permohonan polis pengiring bagi tujuan pengeluaran wang itu kelmarin.

Katanya, mangsa turut memberi alasan sudah biasa mengambil wang BAP tanpa pengiring daripada polis.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya