Polis buru orang gaji warganegara India larikan barang kemas majikan - Utusan Malaysia

Polis buru orang gaji warganegara India larikan barang kemas majikan

WARGANEGARA India, Jothi Kumar kini diburu polis selepas disyaki melarikan barang kemas dan wang tunai milik majikannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) fizikal mengalami kerugian RM4,000 selepas barang kemas dan wang tunai miliknya dilarikan oleh pembantu rumah sendiri dalam kejadian di Telok Pelandok, Pasir Panjang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa wanita OKU berusia 38 tahun itu pada pukul 2 petang.

“Wanita yang tidak bekerja itu memaklumkan ketika bangun tidur pada pukul 5 pagi semalam, dia menyedari orang gajinya yang merupakan warganegara India telah tiada di dalam bilik rumah.

“Mangsa kemudian membuat pemeriksaan di dalam rumah mendapati barang kemas miliknya dan anaknya iaitu dua utas anting-anting, satu utas rantai leher dan satu utas rantai tangan berserta wang tunai RM2,000 telah hilang. Anggaran jumlah kerugian lebih kurang RM4,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aidi Sham, mangsa telah membuat iklan bagi mencari orang gaji di Facebook dan telah dihubungi seorang ejen dikenali sebagai Raja menggunakan nombor +919047767565.

“Ejen itu menawarkan seorang perempuan warganegara India bernama Jothi sebagai orang gaji dengan kos bayaran RM10,000 termasuk penghantaran, passport dan visa pas pekerja.

“Mangsa juga telah membayar gaji sebanyak RM1,200 kepada suspek yang telah diambil bekerja awal bulan Disember 2022. Sepanjang bekerja, suspek diberikan kemudahan tempat tinggal, telefon bimbit dan makan minum,” katanya.

Sehubungan itu, Aidi Sham berkata, pihak polis sedang mengesan Jothi Kumar berusia lingkungan 30-an dengan nombor pasport (V8403923) untuk siasatan lanjut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Nur Asyikin Kamarrudin di talian 012-9310852 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di nombor 06-647 2222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya