PKR Selangor nasihat tidak terpengaruh ‘gelombang hijau’ - Utusan Malaysia

PKR Selangor nasihat tidak terpengaruh ‘gelombang hijau’

PKR Selangor
HALIMEY ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: PKR Selangor mengingatkan generasi muda di negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan retorik ‘gelombang hijau’ daripada Pas serta fitnah dan tohmahan dilemparkan parti itu kepada lawan.

Menurut Ketua Penerangan PKR Selangor, Halimey Abu Bakar, rakyat Selangor masih waras untuk menilai perjuangan Pas bersama Perikatan Nasional (PN) dan menyifatkan mereka sebagai kumpulan yang menunggang agama.

“Anak-anak muda di Selangor tidak mudah terpengaruh dengan retorik ‘gelombang hijau’ yang hanya berunsur fitnah dan tomahan mengarut seperti ‘undi PAS masuk syurga’.

“Rakyat Selangor masih waras serta mengetahui dengan jelas unsur unsur penunggang agama. Seluruh Rakyat Selangor juga menolak perbuatan ekstrimis agama dan menganggap seperti ‘gelegar buloh’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi mendakwa PN mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini dengan menyifatkan Pakatan Harapan (PH) tidak berkemampuan membawa imej diinginkan rakyat.

Menurutnya, rakyat Selangor dikatakan muak dengan pembohongan serta janji palsu PH seperti isu kos sara hidup, banjir dan pencemaran air, kemudian menjadikan itu alasan untuk PN mengambil alih pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, Halimey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia menempelak kenyataan Ahmad Yunus apabila menjelaskan pelbagai inisiatif khususnya untuk rakyat Selangor berjaya dilakukan oleh kerajaan negeri.

“Sebanyak 44 program kerajaan negeri dari anak yang baru lahir sehingga di hujung usia, dinikmati oleh semua lapisan masyarakat serta mendapat respon yang baik, bahkan turut dicemburui oleh bukan warga Selangor.

“Selain itu juga Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM50 juta bagi Projek Turapan Jalan Raya yang akan dilaksanakan tahun ini bermula dalam masa terdekat. Komitmen Kerajaan Negeri untuk membaik pulih, menyelenggara serta menaik taraf fasiliti kemudahan awam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya