Pinggang bengkak, Orang Asli naik helikopter ke hospital

Pinggang bengkak, Orang Asli naik helikopter ke hospital

ANGGOTA JBPM mengusung Imping Asot yang untuk dibawa ke Hospital Gua Musang, Kelantan semalam.UTUSAN/IHSAN UNIT UDARA JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang wanita Orang Asli yang mengalami bengkak di bahagian pinggang untuk dihantar ke Hospital Gua Musang di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, seramai tiga orang kru penerbangan berlepas dari pangkalan udara kira-kira pukul 10.30 pagi untuk membawa Imping Asot, 30, dari Kampung Sau, Pos Bihai yang tidak boleh berjalan sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, penerbangan menggunakan helikopter Agusta A109 E selamat mendarat di Kampung Sau pada pukul 11.45 pagi.

“Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah membuat permohonan susulan jalan perhubungan darat ke kampung mereka rosak teruk,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Hasrizal memberitahu, helikopter mendarat dengan selamat di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 12.20 tengah hari sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang menggunakan ambulans.

Katanya, penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) itu diketuai oleh juruterbang, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Faizal Abd. Latif dan Penolong Penguasa Bomba, Amir Fitri Salim.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya