KOTA BHARU: Aksi tendang menendang dan berbalas sepakan melibatkan pasukan Kok Lanas dan Gual Periok pada aksi Liga Piala Menteri Besar (MB) Kelantan 2022 yang berlaku di Padang Sintetik, Jalan Mahmood, di sini pada 20 Januari lalu telah diselesaikan secara baik.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, insiden yang berlaku telah itu diselesaikan semasa perlawanan oleh kedua-dua pasukan dan pihak penganjur.
“Tiada laporan polis dibuat oleh kedua dua pasukan yang terlibat dan keputusan perlawanan berkesudahan dengan Kok Lanas (3) dan Gual Periuk (2).
“Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Rosdi memberitahu, sebelum itu pemilik akaun Facebook Zunar Cartoonist Fan Club memuat naik memaparkan kejadian pergaduhan di antara pemain semasa perlawanan bola sepak Liga Piala MB Kelantan 2022.
Katanya, rakaman berdurasi 30 saat itu dimuat naik semalam pada pukul 10.30 pagi.
“Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut,” ujarnya.-UTUSAN