Peniaga ‘bundle’ maut, motosikal bertembung lori

Peniaga ‘bundle’ maut, motosikal bertembung lori

KEADAAN motosikal dan lori yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, Kelantan semalam-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang peniaga pakaian terpakai atau ‘bundle’ maut selepas motosikal yang ditungganginya gagal memotong lori sebelum bertembung dengan sebuah lori lain di Kilometer 57, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.41 malam itu, mangsa, Azeli Deraman, 52, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori yang berada di hadapannya.

“Bagaimanapun, mangsa gagal berbuat demikian sebelum bertembung dengan sebuah lori yang berada di laluan bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan mangsa tercampak dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu lori yang bertembung dengan motosikal mangsa luka pada bahagian tangannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Tias, Kuala Krai  dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya